Mar 21, 2010

Singapore Delight

Salam,

Di kebosanan pg yg hening ni, trgerak lak hati aku nk update blog ni. So, bermulalah tarian jari-jemariku atas keyboard komputer ku ini. (Komputer dh upgrade, aku upgrade sndiri dowh...proud of MyseLF) So, dlm post kali ni, aku nk cite my experience....penjelajahan ke negara jiran, Singapore.

FRIDAY, 19 Marh 2010- Tiba2 lak aku rasa cam teringin nk mkn sup tulang Singapore, memandangkan memang dh lma btl x mkn. Umi pn sependapat dengan ku. So, mlm itu lepas Isyak, kami bertolak masuk ke S'pore. Tips nk msk S'pore: Kalo nk msk, msk time weekend or jumaat after 7.30 mlm. During dat time, toll charge is free. Kalo x, besenye kene byr RM70 per entry (kalo nek kete la, bas aku xtau). So, bermulalah perjalanan kami sekeluarga ke negara yg dahulunya pernah bersatu dengan kita.

Sungguh teruja aku dgn kemajuan dan perkembangan yang berlaku di sana. Bukan nk merendah2kn, but its reality from my point of view.....KL pn kalah. Bangunan lg bercabang2 mencakar langit, byk plak. Although it's not my 1st time to S'pore, i'm delighted to see the rapid growth of the city. Last time i went there was around 2007 i think, but it doesn't looks like dis time. Seriously, i'm amazed. Hope Malaysia can be like Singapore or maybe greater than S'pore in skyscrapper & cities growth aspect.

Memandangkan tujuan utama dtg sini nk makn, so kami pn prgi la ke tmpt mkn yg feymes kt sini. Beach Road....trkenal ngan masakan warna merahnya. Can be called 'red dishes.' Sume msakan kt sini warna merah....x caya? Tgk gmba ni.

Nasi Goreng & Beef stick


'The Red Dishes'


Main menu...sup tulang merah

Dh hbs tgk gmba...meh aku smbung cite lg skit. After mkn2 tu, kami pergi jln2. Unfortunately, dat time was around 12 in the morning...so, all complex were closed. Jln2 punye jln, xtau nk pegi mana...last2 trdampar smpai ke Changi International Airport. Haha...wtpe jln2 kt airport ni, len la kalo nk nek flight. Well, wut to do...it's already early in the morning & all complex were already closed, tp still xnk blk lg. Airport la jwpnnya. Merayau2 la dlm airport 2, dr terminal 3 pg ke terminal 2 & patah blk. Merasa la nek Skybus-FREE

Nice...recycle bin. Br semangat nk recycle cmni


Hannan berposing sumwhere in terminal 2, Changi Airport


Garden in da airport

Lastly nk cite...we went back home & arrived safely at 3.00 am in the morning. Haha...tanoshikatta

Jyaa, wassalam.

Mar 19, 2010

Software to converts all type format...


Salam,

Seperti dijanjikan di post yg lepas, aku nk buat 1 new section about gadget & all those stuff....so, here it is. 1st post : bout converting video, audio & pic format.

-Anda ada PSP? Ada mslh nk play video dlm PSP? xtau nk convert vid format?
-IPod? X bape reti nk tuka format?
-Dowload vid dlm youtube? Then nk tuka format .flv 2 ke format len....ada masalah?
-Nk convert lagu format .WMA ke .mp3? xde mslah...silakan


Sumpah power...blh convert mostly all type of format. AVI, MPEG, WMV, DivX, MP4, H.264/AVC, AVCHD, MKV, RM, MOV, XviD, 3GP, and audio MP3, WMA, WAV, RA, M4A, AAC, AC3, OGG. Now you can convert video, audio, andanimated images to play on your PSP, PS3, iPod, iPhone, Apple TV, Xbox, Google phones, iPad and other digital multimedia devices. All made possible with Xilisoft Video Converter.

Ok, skang ni aku nk ajr cmne nk dpt full edition bnde ni....pas korng tekan link Xilisoft Video Converter Ultimate ni, ko tekan lak butang download kt Ultimate 2. (Kalo korng nk beli ok gk, byr la $55.95) Lps dh download, korang install la cm bese smpai finish. Then, korng dh ada software ni but....just trial version. Must remember dat, unless u key-in da serial number. Now, i teach u how...

- After dh hbs install, open software 2
- Then, klik kt ruangan 'help' kt atas 2
- Klik lak kt 'Enter License Code'
- Kt ruangan 'user name', taip 'Xilisoft Registration'
- Kt ruangan 'license code', letak either dis :
D453-4DEB-2E19-A842-972A-9E9A-04OB-5F50
190F-B5E3-5345-100D-1765-C54F-CAB2-C190

Slamat mencuba, Gd luck....


Preview 1


Preview 2

Mar 14, 2010

何もない, saja menghabiskan masa kosong

Salam kepada pembaca,

Sepertimana yg blh dilihat di ruangan tajuk, mmg xde pape title yg sesuai pn utk post kali ni. So, skang ni mmg tgh bercuti. Finally, it's holiday...around 3 weeks lak tu. Alhamdulillah. Bukan senng JAD ni nk bagi cuti. So, mmg aku nk enjoy & rileks puas2 la cuti ni. Men-qada'-kn tido aku smula & sbagainya.

Cuti kali ni akan tamat dlm early of April 2010 & dat time i'll be in U1 JAD. Dh nek tahun baru la kiranya. So, mcm zaman kat skola dl, kalo nek tahun baru je....akan ada kasut baru, bj baru, alat tulis baru, buku baru & sumenye baru2 la. Jgn awek baru sudah. :-p But, should i consider dat again 4 dis time, maybe not. C'mon Zed, u're 19...xyah dh beli beg or everything new, pkai je barng yg lama 2 slagi msh blh guna. x elok membazir. (i think i've gone too far)

Act, aku nk wish kt 先生達 (cikgu2) since some of them won't continue to be lecturer in JAD. Gonna miss them so much especially for Science teacher. Thanx teacher for teaching us, for all the knowledge, for all the experience & thank you for everything. We've learnt a lot from you.

化学の科目 : アジズ 先生
Chemistry : Aziz Sensei

物理の科目 : マハニ先生
Physics : Mahani Sensei

数学 : ハヌン先生
Mathematics : Hanum Sensei

先生のことから、今まで私はJADに勉強することができる。だから、先生の教え方と冗談、全部は忘れないと思う。先生はJADにいなくても、いつも私の心にいる。それで、いろいろなこと、
ありがとうございます。

マハニ先生に約束は;勉強のことはもっとがんばります。それは、Insya Allah 先生。Do pray 4 us.
(Adoi, lma lak dh x studi nihongo...trkebil2 aku nk pk buat ayt dlm nihongo. Apa2 pn, terima kasih sensei. Jasamu tidak akan kulupakan.)

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

1 more thing wanna say before berundur diri, bout my blog...maybe nk tambah 1 section which is bout gadget & software since aku ske bnde2 pasal multimedia stuff ni. I'm a gadget maniac. So, insya Allah post selepas ni aku akan tunjukkan sumthing, maybe bout video cnverter software...how to download & get it originally skali ngan license code. Just wait till the next post.

それだけ、いじょうです。Wassalam.

Mar 12, 2010

Sinar Islam di Eropah...satu tika dahulu!!!

Salam, seperti yang dijanjikan...nk terangkn dgn lebih lanjut mengenai sinar Islam yg pernah wujud di Eropah satu ketika dahulu; Kerajaan Islam Umaiyah di Andalus, Sepanyol.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

EROPAH… Bila sebut perkataan EROPAH, dlm fikiran ana cuma terfikir sebuah negara yg penduduknya terdiri dari orang-orang barat shj. Tak terfikir langsung nak ambil tahu…tapi, jgn tertipu hanya pd nama…hakikatnya, di sinilah pernah terbinanya sebuah negara Islam terkuat di dunia.

Drpd Berita Harian Online, 20 April 2008. Tajuk: Ulul Albab: Meratapi Andalus Demi Merapatkan Umat, oleh Abdurrahman Haqqi. Permusuhan, kesenangan serta kecintaan terhadap dunia faktor keruntuhan kerajaan Islam di Sepanyol.

“MENANGISLAH anakku bak kaum wanita menangis ke atas kerajaanmu yg hilang krn kamu tidak dapat memeliharanya seperti kaum lelaki.”

Begitulah ucapan seorang bonda Raja dlm sejarah Islam di Andalus, Sepanyol. Ia diucapkan oleh Aisyah kpd anaknya Abu Abdullah drpd puak Bani al-Ahmar, Raja terakhir kerajaan Islam Granada pd 21 Muharram 897 Hijrah (H) yg memeterai perjanjian penyerahan kerajaannya kpd Raja Kristian Sepanyol, Ferdinand dan Isabella. Dgn itu, berakhirlah era kerajaan Islam di bumi Eropah yg berkuasa selama 800 tahun.

Bani al-Ahmar adalah puak yg menguasai wilayah Islam terakhir di Sepanyol iaitu ....Granada.... drpd 620 H hingga 897 H, pd tahun di mana perjanjian di atas dimeterai. Perjanjian yg membabitkan 67 perkara itu termasuk jaminan keselamatan orang Islam di Sepanyol yg pd akhirnya tidak pernah direalisasikan bahkan selepas 300 tahun kemudian, Islam dan tanda-tandanya terhakis di bumi Sepanyol, seolah-olah Islam dan tamadunnya tidak pernah wujud di negara itu walaupun ia pernah menyinari dan menerajuinya selama 800 tahun. Perjanjian ini akhirnya dimeterai krn menerima banyak tekanan drpd orang Kristian Sepanyol termasuk kejadian paling memilukan dlm sejarah Islam pd 892 H. Pd masa itu ribuan umat Islam yg dijanjikan boleh menyelamatkan diri dgn berlayar ke Afrika dibunuh beramai-ramai secara kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Dlm kejadian itu, ribuan umat Islam mati bergelimpangan bermandi darah selepas tentera Kristian membunuh mereka. Sebelum itu, ketika mereka bersembunyi di dlm rumah, dgn lantang tentera Kristian membuat pengumuman bahawa orang Muslim Granada boleh keluar dr rumah mereka dgn aman bagi membolehkan mereka menaiki kapal utk berlayar keluar dr Sepanyol dgn membawa barang keperluan masing-masing. Tentera Kristian turut memaklumkan keselamatan orang Islam yg ingin meninggalkan Sepanyol terjamin. Ramai umat Islam yg meragui tawaran tentera Kristian itu. Bagaimanapun, selepas umat Islam melihat sendiri kapal yg akan membawa mereka berlabuh di pelabuhan, mereka kemudian mengambil keputusan menerima tawaran itu.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada keluar beramai-ramai membawa seluruh barang keperluan mereka pergi ke pelabuhan itu. Bagaimanapun, ada umat Islam yg tidak mempercayai tawaran tentera Salib itu terus bertahan dan bersembunyi di rumah masing-masing. Selepas ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dgn pantas tentera Kristian menggeledah rumah yg ditinggalkan mereka sebelum membakarnya. Ribuan umat Islam yg berada di pelabuhan pula tergamam apabila tentera Kristian membakar kapal yg dikatakan akan mengangkut mereka keluar dr Sepanyol. Kapal itu kemudian tenggelam dan umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa krn mereka tidak bersenjata. Kebanyakan mereka adalah wanita dan kanak-kanak, sedangkan tentera Kristian mengepung mereka dgn pedang terhunus.

Selepas menerima arahan pemimpin, ribuan tentera Kristian itu kemudian membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir terdengar tetapi dgn buas tentera Kristian terus membunuh warga awam yg sama sekali tidak berdaya. Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dgn kejam. Darah bergenang di mana-mana. Laut yg biru berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Itulah kisah menyedihkan dalam sejarah umat Islam yg tidak boleh dilupakan. Banyak cerita yang menyayat hati seperti ini dibukukan seperti al-Ihatah fi Akhbar Gharnatah (Berita Menyeluruh Mengenai Granada) dan al-Muqtabas min Akhbar al-Andalus (Sekelumit Sejarah Andalus), malah seorang ulama terkenal seperti Ibn Hazam menceritakannya dlm kitab mashurnya al-Fisal fi al-Milal wa al-Nihal.
Selepas kejadian itu dan memerintah Sepanyol selama 300 tahun, tidak ada tanda atau simbol Islam yg kekal di negara itu. Umat Islam juga diugut dan diseksa oleh tentera Kristian Sepanyol dgn pelbagai ugutan dan seksaan yg sangat kejam, mengerikan dan menakutkan dan tidak ada belas kasihan. Orang Kristian di Sepanyol tidak mahu Islam wujud lagi. Oleh itu kita dapati umat Islam sangat tersepit sehingga ada yg mengaku Kristian padahal mereka seorang Muslim krn terlalu perit dugaan yg dialami mereka.

Islam mula masuk ke Sepanyol pada 92 H di bawah kepemimpinan panglima Tariq bin Ziyad, Musa bin Nusair dan Abdul Aziz bin Musa. Selepas kemasukan mereka melalui Jabal Tariq (Gibral Tar) pd tahun itu, Sepanyol beransur-ansur muncul menjadi sebuah negeri yg makmur. Pasukan Islam tidak saja berhenti di Sepanyol, malah terus meluaskan empayar di negeri sekitar seperti Perancis. Kota Carcassone, ..Nimes.., ..Bordeaux.., Lyon, Poitou, ....Tours.... dan sebagainya jatuh ke tangan umat Islam. Walaupun pasukan Islam sangat kuat dan memiliki kekuasaan yg luas, mereka masih tetap memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yg juga kawasan pergunungan.

Islam sudah menerangi Sepanyol dan oleh krn sikap penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka ramai orang Sepanyol yg tulus dan ikhlas memeluk Islam. Mereka bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islam. Mereka tidak hanya membaca al-Quran malah bertingkah laku berdasarkan al-Quran. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir 6 abad lamanya.

Penguasa dan pemimpin Islam pd masa itu sangat berwibawa dan digeruni. Abdul Rahman al-Dakhil, sebagai contoh, adalah orang yg mendirikan Khilafah Bani Umayyah di Andalus. Ketika dijemput pemimpin Kristian yg dibantunya dalam memerangi musuh mereka, beliau dipelawa minum arak, tetapi beliau menolak secara diplomasi dgn katanya: “Aku memerlukan tambahan utk otakku bukan utk mengurangkannya.”

Bagaimanapun, selama Islam berada di Andalus berabad-abad lamanya itu, mereka tetap di keliling orang kafir Sepanyol yg sedia menanti utk menghapuskan Islam di negara itu, namun mereka selalu gagal. Beberapa kali dicuba tapi selalu tidak berhasil. Mereka kemudian menghantar perisik utk mengkaji kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemui cara utk menakluki Islam di Sepanyol, iaitu melemahkan iman mereka dgn serangan pemikiran dan budaya.

Mereka secara senyap menghantar arak dan rokok secara percuma ke wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan utk memujuk kaum mudanya agar lebih suka menyanyi dan menari drpd membaca al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yg kerjanya meniupkan perpecahan di kalangan umat Islam Sepanyol. Akhirnya usaha mereka membuahkan hasil apabila satu persatu daerah di Sepanyol jatuh.

Di samping itu, antara punca lain yg membuat Andalus hilang drpd peta sejarah umat Islam adalah perbalahan dan permusuhan sesama sendiri antara mereka sehingga menjadi lebih daripada 20 puak yg mempunyai negeri sendiri. Antaranya Bani Jahur, Bani ‘Ibad, Bani al-Aftas, Bani Nun dan lain-lain. Dgn wujudnya ramai puak ini, mudahlah musuh Islam di Andalus merebut kembali tanah mereka krn mereka mengetahui kelemahan umat Islam. Apa yg menyedihkan ada umat Islam yg menjual agama dan negara demi kepentingan peribadinya.

Sebagai contoh, Abu Zaid, gabenor daerah Balansiah ketika rakyatnya memberontak dia membuat perjanjian dgn Raja Kristian Choinawi utk membantu memadamkan pemberontakan itu. Sebagai habuannya, Abu Zaid akan memberikan beberapa kawasan kpd Choinawi dan membayar ‘jizyah’ tahunan kpdnya. Jizyah dlm Islam mesti dibayar bukan Islam kpd pemerintah Islam, tetapi apa yg dilakukan Abu Zaid yg beragama Islam adalah terbalik apabila berjanji membayar jizyah kpd Choinawi yg beragama Kristian.

800 tahun bukan masa yg singkat. Selepas umat Islam ‘menghidupkan’ Sepanyol dan menjadikannya bangsa yg bertamadun, berbanding bangsa lain di Eropah, akhirnya ia seolah-olah tidak pernah wujud di negara itu? Peristiwa ini amat menyedihkan bagi umat Islam sepanjang zaman. Sepanyol sekarang bukan Sepanyol dahulu. Sepanyol hari ini bukanlah Andalus pd satu masa dulu. Sepanyol sekarang adalah Sepanyol yg mempunyai seorang menteri pertahanan wanita, Carme Chacon yg boleh memeriksa barisan tentera negaranya walaupun dlm keadaan hamil seperti dilaporkan akhbar pd 14 April lalu.

Sebenarnya musuh Islam dan umatnya tetap satu. Dari dulu hingga sekarang musuh Islam tetap ada, cuma ia berbeza orang dan jenteranya. Mereka tetap ingin melenyapkan Islam secepat mungkin dengan apa juga cara. Dgn mengambil contoh Andalus yg hilang dan mencari sebab kehilangannya termasuk kelemahan akidah dan terlepas drpd jalur yg lurus, permusuhan sesama sendiri, berpihak kpd bukan Islam, kesenangan yg tidak terkawal dan kecintaan terhadap dunia, tidak mustahil ia juga akan berlaku di mana-mana. Dan ketika itu ucapan bonda Aisyah pd permulaan tulisan ini akan terdengar kembali. Wallahu a’lam.

Mar 4, 2010

好きな場所

Salam,

Alhamdulillah, exam telah pun tamat pada 1 Mac yg lepas. Baru aku sedar, jauh lagi rupanya perjalanan yg perlu aku tempuh. Br hbs tahun pertama aku kt sini...ada balance 2 tahun lagi.

Ya Allah, bantulah hambaMu ini supaya dapat menamatkan pengajian di JAD ini dengan jayanya seterusnya berjaya juga dalam kehidupan di dunia dan akhirat......Amin

So, 4 post kali ni....nk tulis pasal 好きな場所 (tmpat2 yg aku ske), x ksh la utk pape tujuan. Ni just umum.

So, bg sesape yg pnh 1 kls ngan aku either kls 平和 atau 安全, sure slalu dgr nama Papua New Guinea. Negara yg slalu kuar dr mulut aku....act, xde la minat sgt negara 2 smpai nk pg melawat. Just attracted ngan sejarah negara 2. Dikatakan lebih 850 bahasa yg digunakan di negara 2. Maklumlah, bekas tanah jajahan bermacam2 negara + negara 2 dibahagi2kn kepada beberapa bahagian b4 independence.

So, kt sini aku ada 2 list negara yg aku minat.....

1st: Venice ,Italy.




Aku stat attracted btl2 kt tmpt ni since tgk cite Bond 007: Casino Royale, berlakon kt tmpt ni. Trpesona skejap kt keindahan bandar Venice yg trletak di Utara Itali ni. Terkenal dgn gelaran "City of Water" & "City of Bridges," umpama bandar di tengah2 tasik. Menurut The New York Times, described it as "undoubtedly the most beautiful city built by man." Venice also has been described as being one of Europe's most romantic cities. So, tmpt ni dh ada dlm list aku utk honeymoon lps kahwin nanti....haha (jauh pikir). Insya Allah.

2nd: Andalusia, Sepanyol.

Mesti ada orang akan cakap, Zed ni ske pg tmpt2 org kafir je. Manakan tidaknya, tadi Venice, Itali & skang ni kat Sepanyol lak. Memang dah mindset kita skang ni, kalo dengar je nama negara Barat or area Eropah, sume pikir pasal kristian. Memang x dinafikan kenyataan 2 skang ni....tapi jangan lupakan sejarah. Sejarah pernah mencatatkan di sinilah (Andalusia) pernah terbinanya Empayar Islam terkuat dunia; Empayar Bani Umayyah tahap kedua di Andalusia, Sepanyol.

Map of Andalusia Oriental


Tau x ni apa?......ni la Istana Al-Hambra
(siap dibina ketika pemerintahan Khalifah Muhammad V, x silap saya)


Istana Al-Hambra tika malam...

Alangkah seronoknya kalo dapat melawat kesan tinggalan Islam yg suatu masa dahulu mencapai tahap gemilang di Eropah. Kita boleh berbangga bahawa Islam pernah menjajah Eropah dan mengislamkan ramai penduduk di sana.

Nampaknya, cukup smpai sini saja post saya utk kali ni....utk cerita yang lebih lanjut mengenai Kerajaan Islam Bani Umayyah tahap kedua yang bertapak di Eropah ni, nantikan post seterusnya. Insya Allah, jika ada kelapangan, saya akan ceritakan secara lebih terperinci.

Sekian, wassalam...