Assalamualaikum para pembaca....
Saya bersimpati atas penulis blog ni, meluahkan rasa hati yang dipendam selama ini. Apakan tidaknya, salah sebuah kereta Nasional kita, Proton, yang sepatutnya menjadi lambang kemegahan dan kebanggaan kita, akan tetapi dihina dan dikutuk oleh bangsa sendiri, rakyat Malaysia. So, artikel di bawah ni dipetik daripada blog Beloya2u
Artikel ni agak panjang, saya fhm kalo x dpt hbskn pembacaan, but at least do pay attention. It's our nation pride.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
BeLoYa2u said :
Yang ni saya kena jawab la sebab banyak sangat misinformation. Biasanya information yang berpindah dari satu mulut ke satu mulut yang lain akan berubah menjadi sensasi. Itu lah masyarakat kita. Kita bukan mendapat firsthand info tapi berdasarkan cerita yang telah ditokok tambah. Ini dia cerita dari orang dalam yang duduk ditengah-tengah R&D PROTON.
"Saya ada kenalan dari kastam boleh confirmkanperkara ni.. member saya kerja kastam kat kelang danbeliau sendiri yang maklumkan yg salah satu tugas diaadalah buat checking penerimaan barangan proton untukdi pasangkan di negara ni. Satu kontena enjin je..manakala kontena lain adalah pintu, body dan sebagainya. sama lah dengan kereta lain juga."Kalau kita lalu kat kawasan glenmarie tu, akanternampak lah satu tanda... Kilang Enjin Proton. Tandatu tak duduk kat situ untuk suka suka je. Kalau kitajengok kat dalam.... Boleh nampak besi cair yangdituang kedalam acuan untuk membuat enjin block. Memang proton ada mengimpot enjin tapi dari kelas 1.2 dan 2 liter. 1.2liter untuk Savvy (enjin Renault) dan 2.0liter untuk Perdana. Tapi untuk enjin 1.3, 1.5, 1.6 proton buat sendiri. Untuk pintu pulak... hanyakereta-kereta Perdana sahaja yang proton beli pintudari Mitsubishi. For your information, Untuk membuatpintu sahaja memerlukan dekat 20 acuan. Bayangkanla 4 pintu. Modal itu shaja sudah hampir RM50 juta. So untuk kereta yang volume kecil, kita beli dari luar. Untuk kereta Isawara, Wira, Waja, Gen2, Savvy... 100% body dibuat di Malaysia."Bayangkan dah 20 tahun menanti kereta Malaysia yang sebenarnya tak keluar-keluar lagi. Bagi yang berkemampuan sudah tentu tak mahu menggunakan injin kenderaan berteknologi 70an, 80an dan 90an yangdiubahsuai. Sudah tentu ramai nak teknologi terkini dan sebenarnya milik kita. Secara umumnya proton masih belum ada enjin sendiri lagi.. jadi adalah sukar hendak dikatakan kalau ianya adalah kereta Malaysia yang sebenarnya. Pengeluaran kenderaan adalah berdasarkan enjinnya barulah boleh dikatakan ianya kenderaan negara sebenarnya."
Disini lagi ada misinformation. Memang untuk kereta Perdana kita impot enjin dari Jepun. Untuk Savvy kita gunakan enjin Renault. Untuk Iswara, Wira dan Waja kita buat enjin di Malaysia walaupun design original dari Mitsubishi. Tapi enjin Gen-2 adalah enjin terkini yang direka oleh jurutera Proton dan dibina di Malaysia. Enjin tersebut menggunakan teknologi terkini. Jadi kenyataan diatas agak menyesatkan sedikit. Naza, Perodua.... Masih lagi membawa enjin dari luar. Modal untuk mereka dan mengeluarkan enjin ni amat besar. Nak dapat return pun bukan nya sekejap.Tapi demi maruah dan kemajuan, kita korbankan keuntungan jangka pendek. Selagi kita tidak mengeluarkan enjin sendiri.. selagi itu kita tidak tahu. Sekarang kita telah pun mengeluarkan enjin sendiri... orang masih tidak percaya. Itu lah masalah orang kita... memandang rendah kebolehan anak negara sendiri.
"Selama ini proton bergantung kepada Mitsubishi sebagai rakan teknikal. Oleh kerana kontrak selama 20tahun telah tamat. Maka proton terpaksalah mencarirakan teknikal yang baru dan bermulalah masalah melanda proton. Sudah tentu rakan teknikal baru tidak mahu meneruskan rekaan dan teknologi mitshubishi lagi. So apa kan jadi pada kereta proton yang ada sekarang ni untuk masa akan datang."Tidak wujud kontrak 20 tahun dengan Mitsubishi. Mereka adalah rakan kongsi. Bertahun tahun kita berkerjasama dengan Mitsubishi tetapi teknikal apa yang mereka turunkan. Kalau kita pernah berkerja dengan orang Jepun atau Korea , mereka inilah yang paling kemut ilmu. Tapi bab nak korek ilmu kita, dia orang rajin habis.Korang jangan terkejut bila saya cakap yang idea kita pun banyak yang Jepun curi. So bila kita mula menuntut teknologi baru dari mereka... mula lah nak caj dan nak ikat royalti yang tak munasabah. Nak mintak copy teknikal drawing zaman dulu sekeping pun dia orang caj beribu ribu. Mulalah kita pandang teknologi dari barat dan teknologi sendiri. Sebab itu kita beli Lotus.. Kita ignore Jepun. Bila kita design sesuatu yang lebih baik... laju je dia orang hantar balik information ke Mitsubishi. Last-last kita pun mula bersikap secrecy dengan dia orang... lama lama diaorang fed up dan mintak keluar. Lagi pun dia orang dah nampak afta nanti dia orang akan masuk balik ke Malaysia.Perodua... kenapa daihatsu/toyota memberi enjin latest dia orang.... Sebab Perodua tu 100% milik Toyota/Daihatsu. Dah lama UMW menjual saham dia orang kepada Jepun. Proton.... Milik Malaysia .
Inilah susah orang kita ni.... Banyak mendengar cerita sensasi yang banyak ditaruk banyak rempah ratusnya..... Memang pada mulanya kita belajar... selepas itu kita buat sendiri.Saya adalah seorang yang terlibat dengan kerja kerja tersebut.
Saga - base dia Lancer lama. Kita Cuma tukar depan dan belakang sikit.
Iswara - base Saga, kita mula belajar untuk design kereta sendiri. Masa ni Mitsubishi dah tak berapa setuju bila kita menubuhkan R&D. So kita menggunakan khidmat penasihat dari UK .
Wira - Disini berpuluh puluh designer dan engineer Proton dihantar ke Jepun untuk kerjasama design kereta baru. Proton dan Mitsubishi kongsi modal. Hampir 2 tahun kami disana. Bahagian tengah dikongsi bersama. Depan dan Belakang, design asing-asing. Lampu depan dan belakang share sebab nak kurang kan cost. Hasilnya Proton Wira-Mitsubishi Lancer.
Orang akan kata hah kongsi je sebab tak tahu buat kerja.... Tapi ada orang kata apa apa bila Ford dan Mazda berkongsi bahagian tengah? Ford Laser dan Mazda 323 adalah kereta yang sama. Ada orang komplen? Bila orang Malaysia yang buat begitu... orang Malaysia sendiri yang nak mengutuk. Tak ramai yang tahu seksa bekerja kat Jepun sebab dia orang suka curi idea.Bayangkan lah semasa kami design dashboard untuk Wira... masa tu Mitsubishi sudah pun siap soft tooling mould untuk dashboard kereta dia... Bila mereka tengok dashboard Proton, Mereka sanggup letak designer dia depan design kita untuk mengubahsuai kembali rupa bentuk dashboard mereka. Kalau kita pernah tengok dashboard mitsubishi lancer... hampir samakan. Itu mereka yang meniru bukan kita. Ianya menunjukkan kita bukan tak pandai... Cuma masyarakat sendiri berfikiran macam itu.
Perdana - untuk membuat satu satu design bukannya murah. Nak balik modal pun lama. Jumlah kereta yang dijual pun kena banyak. So kalau nak buat Perdana....Sampai habis pun tak balik modal. So yang ni memangkita ambil kereta dari mitsubishi dan pasang di Malaysia. Cuma kita tukar depan dan belakang, dan bahagian dalaman.
Tiara - Tiara adalah bukan product Proton. Ia adalah keluaran DRB. Tapi kita kena tunduk dengan arahan dari atas untuk mereka menggunakan lambang Proton.
Waja - Waja adalah permulaan kita untuk menunjukkan kita mampu melakukan kerja sendiri. 100% didesign oleh orang-orang kita. Tapi untuk kejuruteraan kita memerlukan consultant dari luar.. mainly dari Eropah dan Amerika. Bukan sebab tak pandai tapi kita tak cukup kakitangan. Nak design kereta bukan seperti kelas menjahit baju. Kebaikan dari mengambil consultant dari luar memang membuka mata kita... kita adalah setaraf dengan kebolehan mereka. Nak design kereta ni memerlukan beratus ratus kakitangan. Bukannya sedikit.
Gen2 - 100% didesign oleh orang kita. Consultant dari luar hanya sedikit sebab kakitangan kita semakin ramai. Kita mula menggunakan enjin yang didesign sendiri.
Savvy - 100% dedesign sendiri. Cuma enjin sahaja kita menggunakan Renault sebab kita tidak ada enjin bersaiz kecil. Well.... Kehebatan enjin Renault sudah terbukti bila mereka memenangi F1. Disin banyak berita palsu disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggung jawab.Contohnya... Savvy adalah Tiara dan menggunakan chasis Tiara lama. Savvy tidak ada kena mengena dengan Tiara. Savvy adalah baru, 100%. Tidak ramai yang tahu bahawa Savvy menggunakan HTHS steel (High Strength Steel). Sebab tu body Savvy kuat. Memang ada terpampang kereta Savvy kemek kerana accident. Tapi tak ramai yang tengok keadaan dalaman Savvy yang accident tu... In fact. Kukuh.
Saudara saudari... Bila kita design kereta ni.. yang paling penting adalah keselamatan penumpang. Memang kereta didesign untuk crumple bila ada impact. Itu untuk menyerap daya hentakan supaya bukan manusia yang menerima hentakan kuat.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Act, ada pnjng lagi, tapi saya pn dh x larat nk copy pnjng2....so, do take note. Manusia ni tidak sempurna, jadi setiap barang ciptaan manusia juga sudah tentulah x sempurna. Tapi, kalo nk kutuk pn, berpada2 la....kalo kutuk untuk membakar semangat boleh la diterima. Tapi jgn la melemahkan semangat para pereka kereta Nasional kita. Have a nice day....
p/s : But 1 thing je exceptional....nape kereta Juara buruk sgt? hehe