Oct 29, 2010

Pandangan nakal mata lelaki

Assalamualaikum kepada pembaca.

Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.

Pada mata lelaki, perempuan umpama simbol.
Lelaki mempunyai imanginasi yang nakal,
jika tidak dikawal dengan iman,
maka mata lelaki akan menjalar,
ketika terlihat akan kelibat perempuan.

Setiap bentuk badan seorang perempuan,
akan dihayati oleh lelaki,
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan,
perkara pertama yang akan dilihatnya ialah
rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup,
maka mata lelaki akan turun ke bawah,
melihat bentuk lehernya.
Maka wajiblah juga wanita menutup lehernya.


gambar hiasan


Apabila tidak berjaya melihat bentuk lehernya,
mata lelaki akan turun ke bawah,
melihat bentuk payu daranya,
maka wajiblah bagi wanita menutup payu daranya,
dengan melabuhkan tudungnya.

Mata lelaki tidak akan berputus asa,
pandangan mata lelaki akan,
turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya,
maka wahai wanita sekalian,
labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak,
bentuk pinggangmu.

Mata lelaki akan terus turun ke bawah,
melihat bentuk punggungmu,
maka wajiblah wanita membesarkan pakaian,
agar bentuk punggung tidak kelihatan,
dan,
mata lelaki akan cuba untuk melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sekali-kali,
wanita memakai kain yang agak ketat,
sehingga terlihat akan bentuk pehamu.

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak nampak akan bentuk peha wanita,
mata lelaki akan melihat pada kaki wanita,
maka hendaklah wanita menolong lelaki,
dengan menutup kakinya dengan melabuhkan kain,
atau memakai stoking.
Maka mata lelaki akan kembali ke atas,
melihat akan bentuk tangan wanita,
tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah,
daripada pandangan mata lelaki.

Tetapi mata lelaki mempunyai satu lagi penyakit,
setelah tidak ternampak juga akan bentuk susuk tubuh wanita,
mata lelaki mudah tertangkap dengan warna yang menyerlah,
warna yang terang,
jika ianya berada pada tubuh wanita.

Maka oleh itu wahai wanita,
janganlah memakai pakaian yang bewarna terang,
sesungguhnya kamu akan menarik perhatian mata lelaki.
Jika hendak dipakai juga warna2 tersebut,
pakailah untuk suamimu.
Itulah dia wahai muslimah,
mata lelaki yang nakal.

Seperti firman Allah :
"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu."


gambar hiasan


Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat,
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri...
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga....

No comments:

Post a Comment