Dec 4, 2010

Malam pertama....bersediakah kita?

Bersediakah kita menghadapinya? Tepuk dada, tanya amal...

Malam pertama,
Selalunya memberi 1001 kemanisan dalam hidup,
malam pertama selepas dilayan umpama raja,
dikipas, ditabur bunga, dan sebagainya,
raja sehari dalam kehidupan.

Namun, cuba ubah perspektif dan pandangan tersebut,
mungkin malam pertama juga akan memberi 1001 kepahitan,
mungkin juga 1001 kemanisan,
itulah yang diingin diceritakan dalam post kali ini,
Malam pertama di alam barzakh!!!

Siapakah yang menjadi teman untuk pengantin yang memakai helaian kafan?
Ditinggalkan sendirian menanggung nasib, meratapi pemergian orang yang menghantarnya,
"Jangan pergi!" teriaknya....Mana anakku? Isteriku? Saudara-maraku? Di mana mereka semua?
Mana hartaku? Hasil usaha penat lelahku selama ini....siapa yang menggunakannya?
Teriakan yang sia-sia....

Lubang itu terlalu sempit, tempat cacing dan ulat menggigit-gigit.
Malam pertama di sini sungguh berat ditanggung sendirian.
Bertemankan malaikat Munkar & Nakir yang membawa urusan penting.
3 soalan mudah.....namun senang/susah utk menjawabnya bergantung pada amalan,
itulah suasana malam pertama.

"Siapakah Tuhanmu? Siapa Nabimu? Apakah agamamu?"
Pertanyaan munkar & nakir kedengaran umpama guruh di langit.
Persoalan yang pasti bukan senda gurau kekasih pada malam pertama.
Bahkan, gertakan yang mengecutkan hati dan kekerasan yang memadamkan kegembiraan.
Bersediakah kita untuk menjawab soalan tersebut?

Siapakah yang mahu menolong aku? Menemani dan membela diriku?
Dimana sembahyang, puasa, haji dan sedekahku?
Datanglah selimuti aku daripada kepedihan seksa ini.
Dimana bacaan Al-Quran, zikir dan
kelembutan lidah yang pernah mengeluarkan kata-kata baik?
Datanglah semua kebaikanku dari atas kepala, tangan, kaki,
di seluruh tubuh badan yang kaku dan pucat ini.

Siapakah yang sanggup membela jika bukan amal soleh di dunia.
Mayat itu menangis di perut bumi,
menyesal mengapa dulu ia tidak menangis ketika bersimpuh di atas bumi.
Kini, sesalannya tidak berguna lagi.

Dalam kesibukan kita mencari sumber rezeki,
janganlah sekali-kali kita lupa akan kematian,
kerana kematian itu satu kepastian!!!





"Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah Dianugerahkan kepadamu, tetapi janganlah kamu melupakan bagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu membuat kerosakan di bumi. Sungguh Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan."

(Surah Al-Qasas ayt. 77)

3 comments:

  1. wah. bgus tu zed! macy ta edit. macy mmg dah simpan lama, bz2 ni xde tambah apa2~ huhu

    syukran. moga sama2 dapat manfaatnya :)

    ReplyDelete
  2. mati itu pasti...
    hidup, InsyaAllah...

    ReplyDelete
  3. Macy : Sharing is caring....rite? Bgs utk kpntingan brsama.

    Reefqi : Yup, btl 2 reef....di saat roh msh brsatu dgn jasad ni la kt kne byk2kn amalan supaya ckp bekalan di akhirt kelak. Insya Allah

    ReplyDelete