Mar 25, 2011

The Malay Chronicles : Bloodlines

Assalamualaikum,

It is just around 3 days before i go back to TBP (Taman Bukit Pelangi) until i've the opportunity to watch this film. Sejak penghujung tahun 2009 aku telah mengetahui ttg cite ni, read from "Satu buku mampu menggegar dunia".


So, malam jumaat, 24 Mac 2011, kami 1 family pergi ke Jusco Tebrau City hanya dengan 1 tujuan : menonton film terbitan KRU studio ni.

Filem ni sebenarnya simple aje. Kisah Merong Mahawangsa yang hampir dihukum bunuh di Goa, diselamatkan oleh Putera Roman sebab putera ni perlukan pengiring selaku nakhoda dan kapal sekali untuk bawa baginda ke sebuah tempat tak bernama di hujung perairan Selat Melaka (Langkasuka) untuk berkahwin dengan Puteri China daripada Dinasti Han. Kapal Roman masa tu sedang dibaikpulih di Goa. Perkahwinan itu merupakan percantuman dua tamadun besar dalam sejarah.

Merong Mahawangsa yang ditugaskan mengiringi dan melindungi Putera Roman, berjaya ke tempat tersebut namun diserang orang2 Geruda di mana Geruda telah menculik Puteri China yang dijadikan tebusan sebagai pertukaran dengan dengan emas.

Kemuncak filem ni ialah babak pertempuran di tanah Geruda dalam menyelamatkan Puteri China, di mana Merong Mahawangsa (yang telah ditabal sebagai Raja Langkasuka) bersama2 Laksamana China bersama tentera China yang tak seberapa dan Putera Roman yang akhirnya dapat bantuan ketenteraan daripada China dan Roman dan di situ jugaklah Merong Mahawangsa menemui ajalnya dan sekaligus terjawab persoalan terhadap pantun 4 kerat yang selalu meniti di bibir Merong iaitu..

Sampai Masa Tibanya Waktu
Redup Hati Kaum Berdua
Bila Dua Jasad Menjadi Satu
Hidup Mati Jadi Bersama.

Akhirnya Merong Mahawangsa mati tertusuk pedang yang sama, bersama2 Taji si Geruda. Agaknya itulah maksud mak Merong melalui pantun tu.... yg sebenarnya banyak jugak maksud lain...

Sincerely from my heart, ni mmg antara cite melayu yg layak dipertontonkn kt wayang. X rugi RM12 tiket sekepala....utk menyaksikan cerita lagenda melayu ni. Mengaitkn empayar Rom & China dan kerajaan kecil Geruda yang bercita2 utk menakluk dunia dengan rancangan jahat mereka. The best part is, when both of the great empires combine/cooperate to attack Geruda. Mmg blh bygkn kekuasaan empayar Rom dan Cina pada waktu tu. Really have a great time.

Gd job KRU.....congrats for being the 1st Malaysian that mesmerized me with such movie.



No comments:

Post a Comment