Namun, dalam sedar x sedar, sistem demokrasi yang diamalkan kini agak tergelincir daripada landasan yang sebenar. Ya, memang benar rakyat masih 'berkuasa' memilih pemimpin....namun cara pelaksaannya agak kurang tepat. Untuk penjelasan lebih lanjut, sila teruskan bacaan.
Berikut adalah nota yg aku jumpa ketika duk leka di dunia maya ini & mesej yg hndak dismpaikan amatlah menusuk sanubari. Diharap para pembaca juga dapt menerima mesej trsebut.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Perbezaan politik yang diamalkn kini &
politik yang diamalkan junjungan mulia kita, Rasulullah SAW
Dalam pesanan ringkas ini,
saya ingin membawa semua pembaca supaya berfikir sejenak,
dan mengambil tindakan sesuai dengan logik akal.
Dalam dunia yang dipenuhi segala propaganda,
kita mesti bijak menapis segala maklumat yang ada,
bukannya menjadi seperti lembu yang dicucuk hidung.
Gunakan akal anda.
Bertindak dengan bijak.
Saya menujukan pesanan ini khusus kepada orang Islam di Malaysia atau Muslim Malaysia,
khasnya orang Melayu kerana mereka adalah tunjang kepada majoriti umat Islam di Malaysia.
Saya mulakan dengan realiti politik di Malaysia.
Kebanyakan dari kita tahu bahawa kita mengamalkan demokrasi.
Demokrasi secara mudah ialah kerajaan yang dipilih oleh rakyat.
Demokrasi menghendaki pemilihan oleh orang ramai,
maka untuk tujuan propaganda,
muncullah parti-parti politik.
Sekumpulan orang yang berkerjasama untuk meraih undi lebih berkesan
dari hanya satu individu bekerja untuk meminta simpati orang ramai.
Sistem ini menyebabkan timbulnya satu petua penting untuk menjadi juara demokrasi;
siapa meraih undi paling banyak,
dialah juara.
Maka untuk maksud ini,
muncullah hukum Machiavelli-matlamat menghalalkan cara.
Penganut-penganut demokrasi dihalalkan menggunakan apa jua cara
untuk mencapai undi paling maksimum.
Anda boleh memakihamun,
menjatuhkan maruah lawan,
mengeluarkan video lucah atau lompat parti.
Anda boleh merasuah pengundi,
menabur janji palsu atau menipu undi pos.
Anda juga boleh mencetak beribu-ribu kad pengenalan palsu,
memberi kerakyatan kepada warga asing
atau membenarkan pengundi mengundi dua kali atau berkali-kali.
Anda boleh membuat persempadanan semula,
merasuah suruhanjaya pilihanraya atau sekatan media.
Banyak cara sebenarnya anda boleh lakukan untuk meraih undi.
Ingat peraturan terpenting demokrasi ialah UNDI.
UNDI ialah Tuhan demokrasi.
Dari rakyat kepada rakyat.
Tidak kisah dengan cara apa sekalipun anda mendapatkan undi
tetapi anda mesti memiliki undi secukupnya untuk menang.
Dalam sistem demokrasi,
dari 9 orang bodoh dan seorang yang bijak,
sistem akan mengangkat salah seorang dari orang-orang bodoh itu.
Orang yang bijak itu hanya memiliki kebarangkalian 0.1% untuk menang.
Maksudnya orang bijak itu mustahil untuk menang sehinggalah kesemua orang bodoh tadi mati.
Jadi,
Adakah kini kita menjadi pencatur atau kita sendiri dicaturkan?Dalam sistem Islam,
secara ringkasnya,
kita mempunyai satu majlis pemilihan yang dinamakan Syura.
Syura ini terdiri dari kalangan bijak pandai,
alim ulama,
mereka yang terpilih hasil sokongan orang ramai.
Syura bukanlah kerajaan,
tetapi mereka bertanggungjawab untuk memilih kerajaan.
Jadi nampak di sini,
bahawa kebarangkalian untuk mendapat kerajaan yang bodoh amat tipis.
Orang bijak yang memilih kerajaan,
bukan majoriti.
Ini adalah sistem Islam.
Ini adalah sistem yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Ketika nabi wafat,
para sahabat nabi yang terpilih berbincang untuk memilih pengganti nabi
bagi memikul tanggungjawab memimpin umat Islam.
Para sahabat tidak mengadakan pilihanraya.
Mereka tidak menubuhkan parti.
Mereka tidak terjerit-jerit di jalanan.
Para sahabat nabi tidak kenal apa itu demonstrasi atau tunjuk perasaan.
Mereka tidak hantar memorandum ke pada raja Mekah.
Mereka hantar doa hanya kepada Allah Azza Wa Jalla.
Mereka bermesyuarat dan melaksanakan solat istikharah.
Bukan buang masa terpekik terlolong di jalanan.
Adakah kita menjadi pencatur atau kita dicaturkan?Dalam situasi di negara kita,
kita maklum bahawa sistem politik yang diamalkan ialah
demokrasi BUKAN SISTEM ISLAM.
Ini hasil penjajahan pemikaran orientalis di seluruh dunia.
Bukan sahaja kita yang terkena,
malah Thailand sebagai contoh juga mengamalkan demokrasi
walaupun majoritinya Buddha.
Ini boleh dipertimbangkan kerana
Gautama Buddha tidak pernah mengajarkan sistem politik kepada murid-muridnya.
Namun Islam telah mengajarkan bagaimana untuk menguruskan pemerintahan.
Bagaimana untuk mentadbir sebuah negara.
Sistem Syariah di Malaysia berjaya mendaulat bab munakahah,
iaitu hal ehwal kekeluargaan Islam.
Sistem ekonomi Malaysia semakin maju mendaulatkan bab muamalat,
urusan sesama manusia dalam konteks ini,hal ehwal kewangan Islam.
Sistem ekonomi Islam baru popular sejak pertengahan 90-an setelah orang ramai nampak
keberkesanannya,
dan ia adalah pilihan (option) yang terbaik bagi mereka
yang ingin lari dari sistem kapitalis yang bertuhankan kadar faedah,bunga atau penindasan ekonomi.
Bila orang hendak kahwin,
mereka mahukan syariat.
Bila mahu berurusan dalam jual beli atau kewangan,
mereka mahukan syariat.
Namun bila mahu mentadbir negara,
mereka buang syariat.
Adakah hukum AlQuran boleh diambil dan dibuang sesuka hati?
Adakah kita menjadi pencatur atau kita dicaturkan?
Di dunia,
anda boleh terlepas bebas,
namun di akhirat anda tidak boleh lari.
Cukuplah dengan kenyataan bahawa anda dan saya akan mati suatu hari nanti.
Adakah saya dan anda boleh lari dari kematian?
Tunku Abdul Rahman,
Tun Abdul Razak
dan Tun Hussein Onn telah dipanggil pulang oleh Ilahi dan mereka akan ditanya,
mengapa tidak jalankan hukum-Nya ketika memegang kuasa nombor satu di Malaysia?
Mereka pasti ditanya sebab hukum-Nya tertulis jelas dalam AlQuran.
Adalah Allah s.w.t menurunkan hukum Hudud hanya untuk dipermainkan?
Adakah hukum Hudud boleh dijual dengan harga 'Negara Kebajikan'?
Apa itu 'Negara Kebajikan'?
Rasulullah s.a.w pernah atau tidak bercakap tentang Negara Kebajikan?
Mengapa begitu bodoh sekali sehingga menggadaikan hukum-Nya di telapak kaki musuh-musuh Islam?
Ingat,
jika anda berusaha sepanjang hidup anda untuk menegakkan hukum-Nya
namun masih tidak berjaya,
anda memiliki alasan di hadapan Allah di akhirat nanti.
Namun apabila anda buang hukum-Nya
dan menggantikan dengan 'Negara Kebajikan' atau seangkatan dengannya,
apakah lagi alasan anda di hadapan Allah?
Anda layak diletakkan di kelompok para Sekular dan Komunis yang anda kecam
dan makihamun semasa di dunia.
Jadi,adakah kita menjadi pencatur atau kita dicaturkan?Fikir2 kan dan renung2kan lah.....
Bukan mudah sebenarnya untuk menjadi seorang pemimpin, tanggungjawab dan amanah yang dipikul amatlah besar. Oleh itu, laksanakanlah amanah yang diberi dengan sebaik2nya. Sesungguhnya kita akan dipersoalkan mengenainya di akhirat kelak.
Boleh dapatkan senaskah buku
"berpolitik gaya Khulafa Ar-Rasyidin" di kedai buku berhampiran anda sebagai bahan rujukan.
Akhir kata, hayatilah ayt ini :
‘Adapun raja-raja itu umpama api, segala perdana menteri umpama kayu, kerana api itu jikalau tiada kayu tiada akan nyala…ra’ayat itu umpama akar, raja itu umpama pohonnya; jikalau tiada akar nescaya pohon tiada akan dapat berdiri. Demikian raja-raja itu dengan segala ra’ayatnya …jikalau kau bunuh ia (ra’ayatmu) dengan tiada dosanya, bahawa kerajaanmu binasa’. Wasiat Sultan Alauddin Syah kepada anaknya yang bakal menggantikannya...
Sekian, wassalam.
(jikalau ada salah silap dan kekurangan harap dimaafi, segala teguran dan pandangan amatlah digalakkan)