Oct 17, 2009

Kematian....suatu kepastian

Salam,

Sempena dengan tajuk di atas...memang berkaitan kematian. Sebelum bicara dimulakan, diharap para pembaca dpt menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Teacher Marlina. She is one of my English teacher during my 3 months IJELP (Intesive Japanese English Language Programme) under YPM. So, to all IJELP students, please pray for her. Semoga roh dia diberkati dan dicucuri rahmatNya. x kisahla kenal atau x, tp sebagai muslim, umat islam yang katanya berpegang teguh pada ajaran Allah.....kita semua adalah bersaudara. Saudara islam. Jadi, sebelum melanjutkan cerita.....Al-Fatihah

Berita ini aku trima daripada Shirin Sensei pada ari Khamis, 16/10/09 during English class. Punca kematian Teacher Marlina masih menjadi tanda tanya. Beliau telah menyambut seruan Illahi pada bulan Syawal (xtau tarikh tepatnya bila) semasa bersiar-siar di The Curve. Suddenly, she collapsed and disahkan meninggal dunia. Beliau tidak mengalami sebarang penyakit kronik such as, high blood, heart attack & so on. This is all from what Shirin Sensei told us (my classmate during English lesson)



This is da picture of her with all of my classmate during IJELP....tanpa disangka, itulah saat terakhir kami berjumpa dengannya. Thank you teacher for your good deed & for the cake too.


Inilah takdir...ketentuan Illahi yang telah ditetapkan oleh Allah. Ajal maut, semua di tangan Tuhan. Tiada sesiapa yang mampu mengetahui bila tarikh diri ini akan kembali ke pangkuan Illahi. Juga tiada siapa yang mampu untuk melewatkan atau mengawalkan tarikh kematian dirinya walaupun sedetik, sesaat apatah lagi untuk seminit atau sehari. Tidak sesekali akan berlaku. Jika telah tercatat qada' dan qadar kita akan meninggal dunia pada ??/??/??, ??:??am/pm.....itulah masanya.

Jadi, bersedialah setiap masa bagi menghadapi saat kematian. Janganlah kita mati di saat hati terniat untuk melakukan kejahatan....Nauzubillah. Biarlah kita pergi dengan cara yang sebaik mungkin. Insya Allah

"Kelahiran manusia disambut dengan azan,
kematian manusia diiringi dengan solat,
jarak antara azan dengan solat....itulah kehidupan duniawi,
sungguh singkat hidup ini"
Jadi, renung-renungkanlah.....sekian saja untuk post kali ni, wassalam.

Oct 13, 2009

Syawal Belum Berakhir

Salam kepada pembaca,

Kami beraya lagi....(Abu not in da pic, he's da photographer).


Di kala aku sedang menaip post ni....1 keje pun x buat lagi. 宿題まだ終わらない、明日の漢字のクイズも まだ復習しない。Lepak je aku. Ni pun baru je bgn tido. 体がつかれたから、今は起きたばかりだ。So, skng ni sbenarnya aku nak cite psl jamuan raya UNISEL Shah Alam.

Jamuannya diadakan pada 12/10/09 kt MPH Hall, Unisel. Asal2 cam ramai gk la dak JAD yg nk pegi (esp. dak kelas X)....sebab kitorng rmai2 diajak oleh 'awek-awek' Unisel utk join majlis 2. Disebabkn dpt mkan free, aku & rakan2ku x menolak la rezeki yg datng. Terus daftr & amik tiket. でも、waktu hari diadakan jamuan 2 je....ramai plak dak2 xnak pegi. Reason sbb nk study kimia sbb esknya ada test. すばらしいですね、テストがあるから、いつでもひまな時に いっしょうけんめい勉強したい。Tp, bg aku....mkn lagi penting. Kalo x mkn, xde energy, pastu xleh study. So, aku tetap decide nk g gak jamuan Unisel 2. Haha

7.30 mlmnye...Cik Tahir pun smpai. Ntah bape orng jela yg pegi agknya. So, in total ada 11 orng. 8 orng dak kls X (yg nk akan amik kuiz kimia esknya!), 1 orng dak kls Y (juga akan amik kuiz kimia esknya!) & 2 orng dak kls Z (xde pape pun esknya tp ntah nape ntah diorng xnk pegi). 全員は男の学生。女の学生がいない。

Perjalanan kami pun bermula dengan sorakan SATE-SATE di dalam bas.

Ni semua sebab Mat la yg hebahkn...kononnya ada sate kt Unisel. So, semua cam mengidam la nk mkn. Dh terbayang2 dah ada beribu2 sate yg terhidang nanti.

Sampai je kt Unisel....agk terasa janggal gk la. Kitorng just minoriti je kt situ. Tgk orng lain, sume bertegur sape sesama sndiri. Disebabkn perasaan segan yg menebal...kami pun mendiamkan diri je la. Just hangout among us. Tapi dewan dia agk lawa la dihias.

時間がないから、ちょっとだけね。

Psl mkn lak, memang HAMPEH. Stakat Nasi beriani, & ada la pencuci mulut iaitu agar-agar. Sate hanyalah angan-angan yg tidak kesampaian. Dhla bagi pinggan kecik...memang cam xnak bg orng makan je. Pttla free.

Apa2 syukur Alhamdulillah dpt mkn. Huhu. Aku & Ayami dpt la mkn 2 pinggan. Sbb time bratur 2, kitorng trs amik 2 pinggan...mls nk kene bratur kali kedua. Sumpah ramai giler orng. Bratur sume nk shape cam ular je....memang la lagi panjng. Time bratur 2, tgk kaunter makanan just kt dpn 2 je....tp line dia rupanya ada 2 kali U-turn. Berpusing2 cam ular. 大変、大変。

After mkn je, basuh tangan sume....aku msk balik ke MPH Hall. とつぜん、diorang(dak JAD) ni suruh aku brdiri je. Agk blank gk....xpela. Diri jela dl. Then, ada sorang 女性(gadis ajk jamuan 2) bagi aku sampul surat. Apa ni???? Persoalan demi persoalan menerjah fikiranku. Buka je smpul surat 2, ada cash voucher RM50. Wow, rezeki la. My lucky day kot. Rupa2nya diorng wt cam giving present ceremony but under certain condition. Time aku 2 rupa2nya diorang tanya sape yg pakai spek & pakai selipar.....so, mmg rezeki la aku dpt voucher 2.

In the end, hbs je sume....& when kitorng pn rasa it's time to go back, kitorng pn blk la. Ramai gk la yg men'condemned' majlis 2. "Dahla xde SATE, makan pun sepinggan kecik je, x kenyang lak tu, konsert suara x sedap." Haha...memang kaw2 nye la diorng komen. Aku kurang skit la. Sbb aku blh kata puas hati gk la. Dpt mkn 2 pinggan, pastu dpt cash voucher lak 2. Syukur Alhamdulillah. So, 2 je la kot aku rasa coretan psl jamuan Aidilfitri Unisel ni. In the end, still x dpt rasa sate. Sume kempunan je. Haha.

Ayami...palng bersemangat. Siap ngan samping & berkasut.




Oct 3, 2009

Belajar.Study.勉強。

Salam. おはいよう、

Hari ni hari last aku cuti....3 Okt 2009, 11.22pm. Berada di dpn laptop utk update blog ni+kemas barng nk blk. Argh, esk dh balik tbp smula. Aku tidak pasti. Adakah aku sudah bersedia utk menghadapi semester 2 di JAD ni??? Almaklumlah, cuti panjang 2 minggu ni (JAD mmg kedekut cuti skit) mana ada aku revise or buat 復習. Tp, there's still a good news which is aku siapkan homewrk (宿題) aku except for subjek fizik (物理). Mana taknya, kne tulis formula....ごめんね先生、公式をまだおぼえません。Formula aku x igt lg....so, blk tbp nanti jela buat. Bukan senang tau nk siapkn homewrk kt umah...dugaannya besar btl. Skit2 tgk katil, tgk tv, tgk laptop, tgk game....banyak betul dugaan duniawi ni bila tengah berjuang.

Now, for today....aku sedang cuba bermuhasabah diri, mencari semangat untuk belajar. Nak cuba kembalikan semangat untuk mengharungi hidup yang penuh keletihan=kelas pukul 7.50 pg-5.00 everyday. Aku ulang.....EVERYDAY on weekdays. Kadang2 rasa cam impossible (無理) plak, life aku time cuti pelik skit. Tido after subuh n bangun time azan zohor...haha.

Anyway, crita psl nk kembalikan semangat.....tiba2 aku teringat plak kenangan time kt Wisma Belia dl. I remembered my 2 english teacher yg btl2 gave us inspiration. Mr. Daniel or we called him as Mr. D & Mr. Saiful. I missed da word "Gd morning young engineer-to-be" as both of them usually said dat once entering da class. Mungkin ini tidak mendatangkn kesan 4 sum1....at first, I also didn't realised anything. But, lama-kelamaan it was sum kind of inspirational word utk lebih bersemangat bersaing sesama kami. Maklumlah, 3 bulan di Wisma Belia bertujuan utk memudahkan pihak YPM men-shortlisted kn student yg akan benar2 masuk ke JAD. So, we have to fight amongst ourselves. Another word dat i can't forget is :

"if u want to be an engineer,
be a young, damn, bloody good engineer."

Wow, it's too hyperbola...but, dat's da reality. Zaman skang ni, orng berilmu dh ramai. Yg graduate je berlambak ada.....ada yg smpai diploma & ada gk yg dah ada degree. Tapi hakikatnya, ada juga yang tamatkan pelajaran dengan menganggur. x dpt2 lagi keje. Kn kesian 2, pnt2 blaja engineering....tp kalo menganggur buat pe. So, dat's da point from his word. Be a young, damn, bloody good engineer. Insya Allah...


秋の学生と Mr. D.....remember. Be a young, damn, bloody good engineer.



with Mr. Saiful, Shirin 先生 beloved husband.

Dhla kot smpai sini...it's my time 2 watch football. Man Utd vs Sunderland. じゃ、また後で新しいポストね。さようなら。Thanx for reading.

Oct 2, 2009

A little quote....

Ehm....dah nak akhir2 cuti ni, aku kebosanan plak. Membe2 mmg sume dh balik U la. Sbb mmg standard cuti 1 weeks je, JAD ni je cuti lebih. 2 weeks plak.

So, dalam kebosanan aku tgh duduk kat umah...aku pun belek2 la mag lama yg ada kat umah. Drpd mag yg aku lyn giler2 zaman skola dl (x pernah miss 1 epsde) ; Utopia & Hype, mag kete seperti Get@Car n last2 belek la mag skola aku. Smbil2 belek mag skola, kenangan lama hadir plak dlm diri. Aku baca mag skola aku thn 2004 nye (my 1st year in SDAR).....

front view

What dat attract me in dis mag is maxim of da fivers. Fivers warisan 00'4 (F5 aku)....

So, dis is a little of their maxim :

I'm nobody. Nobody is perfect. Therefore I'm perfect!

Mankind are same as cloud. They can be dark unexpectedly while they are shining.

Scorned by many, understood by few are the parts of REVOLUTIONARY.
(I don't understand bout dis).

Knowledge & friends ; the more you share, the more you get.

Never fail to plan or you will plan to fail.

Saya tidak semestinya menjadi yang terbaik tetapi apa saja saya lakukan, saya lakukan dengan sebaik mungkin.

A friend in need is a friend indeed. Jgn salahkan perpisahan, salahkan pertemuan, kerana pertemuan adalah punca perpisahan.

Laughter is the best medicine. So, don't go to clinic, and have fun doing ur work.

Nice to see, nice to hold, once broken, leave it ALONE.

The strongest man is not a wrestler, the strongest man is someone who can control over his anger.

Quitter never win, and winner never quit, but those who never quit AND never win are idiots.

Today's preparation determines tomorrow's achievement.

Never trouble trouble till trouble troubles you. Never put off till tomorrow what may be done today. (nice word from my English Teacher, Sir Nordin).

Sekali anda mendabik dada atas kejayaan anda, nescaya anda akan jatuh rebah! (jangan riak).

Those who cannot remember the past are condemned to repeat it. (ni cilok ayat George Santayana, the life of reason.)

Diligence is a virtue. Procrastination is a weakness. Somehow both can get along well.

Try not to become a man of success, but rather try to become a man of value.

Kepahitan hidup di dunia adalah kemanisan hidup di akhirat, manakala kemanisan hidup di dunia adalah kepahitan hidup di akhirat. Manakah yang menjadi pilihan?

Aku rasa cukup je kot maxim utk skang ni....aku pn dh penat menyalin. In a nutshell, when we down or feel like there's no hope to live....think again. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan ingatlah bahawa Allah tidak kejam, Allah tidak akan menguji hambaNya melainkan hambaNya mampu untuk menghadapi ujian/dugaan tersebut. Dugaan yang menimpa kita pasti ada jalan penyelesaiannya. Sebelum undur bicara, sedikit lagi kata-kata semangat yang boleh menaikkan semangat jika kita pernah gagal atau sedang menghadapi kegagalan.

"He who NEVER made a mistake, NEVER made a discovery." - Samuel Smiles

back view....

Oct 1, 2009

Renungan sejenak.....fikir2kan lah.

Salam Lebaran,

Bayangkan apabila Rasulullah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita...Baginda datang dengan tersenyum dan muka bersih di muka pintu rumah kita...Apakah yang akan kita lakukan? Mestinya kita akan sangat bahagia, memeluk baginda erat-erat dan lantas mempersilakan baginda masuk ke ruang tamu rumah kita...Kemudiannya kita tentu akan meminta dengan penuh harapan agar Rasulullah sudi menginap beberapa hari di rumah kita. Baginda tersenyum.....Tapi,

Tapi barangkali kita meminta pula Rasulullah menunggu sebentar di depan pintu kerana kita teringatkan cd lucah yang memenuhi ruang tamu dan kita tergesa-gesa memindahkannya ke dalam. Baginda tetap akan tersenyum...atau barangkali kita teringat akan lukisan yang tidak senonoh yang juga dipasang di ruang tamu, sehingga terpaksa juga memindahkannya ke belakang secara tergesa-gesa. Barangkali kita akan memindahkan lafaz Allah dan Muhammad yang mungkin sudah berhabuk ke ruang tamu, juga secara tergesa-gesa. Baginda tentu tersenyum...Bagaimana pula jika Rasulullah bersedia menginap di rumah kita? Barangkali kita teringat bahawa anak-anak kita lebih menghafal lagu-lagu barat berbanding selawat kepada Rasulullah. Barangkali kita menjadi malu bahawa anak-anak kita tidak mengetahui sedikit pun sejarah silam Rasulullah dek kerana kelalaian kita mendidik mereka. Baginda tetap tersenyum...Barangkali kita menjadi malu apabila anak-anak kita tidak mengetahui satu pun nama keluarga Rasulullah dan sahabatnya, tetapi menghafal nama-nama Ultraman dan kura-kura ninja. Barangkali kita juga terpaksa menukar satu ruang teater yang terdapat di rumah kepada ruang solat. Barangkali kita teringat wanita di rumah kita tidak memiliki koleksi pakaian menutup aurat untuk berhadapan dengan Rasulullah. Baginda masih lagi tersenyum...Belum lagi koleksi buku-buku kita dan anak-anak kita. Belum lagi koleksi VCD dan DVD kita. Kemana harus kita singkirkan koleksi-koleksi tersebut? Saat inilah kita mencari Al-Quran dan buku-buku agama untuk dipamerkan. Barangkali kita menjadi malu diketahui junjungan kita bahawa kita tidak pernah pergi ke masjid meskipun azan sudah berkumandang. Baginda tetap tersenyum...Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat Maghrib keluarga kita masih lagi berada di depan tv. Barangkali kita menjadi malu kerana kita menghabiskan hampir kesemua waktu untuk mencari kesenangan duniawi. Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita tidak pernah mendirikan solat sunat. Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita jarang membaca Al-Quran. Barangkali kita juga menjadi malu kerana tidak mengenal tetangga-tetangga kita. Baginda masih tersenyum...Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah bertanya tentang nama Tok Imam di kampung kita. Apatah lagi jika Rasulullah bertanya tentang nama dan alamat tukang penjaga masjid di kampung kita, pasti kita berasa malu. Betapa senyum baginda masih lagi di situ...

Bayangkan apabila Rasulullah benar-benar muncul di muka pintu rumah kita...Apa yang akan kita lakukan? Masihkah kita memeluk junjungan kita dan mempersilakan baginda masuk dan menginap di rumah kita? Atau, akhirnya kita dengan berat hati akan menolak baginda berkunjung ke rumah kerana hal itu akan membuatkan kita kalut dan malu. Maafkan kami ya Rasulullah...Masihkah baginda tersenyum? Senyum pilu, senyum sedih dan senyum getir...Oh! Betapa memalukan kehidupan kita di saat ini di mata Rasulullah. Maafkan kami ya Rasulullah.


Adakah ini yang ingin kita tunjuk pada Rasulullah? Kemajuan masa kini yang disalahguna...
'keseronokan' di hujung jari anda.


Inikah contoh teladan remaja masa kini? Yang akan digelar pemimpin negara masa hadapan?