Oct 1, 2009

Renungan sejenak.....fikir2kan lah.

Salam Lebaran,

Bayangkan apabila Rasulullah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita...Baginda datang dengan tersenyum dan muka bersih di muka pintu rumah kita...Apakah yang akan kita lakukan? Mestinya kita akan sangat bahagia, memeluk baginda erat-erat dan lantas mempersilakan baginda masuk ke ruang tamu rumah kita...Kemudiannya kita tentu akan meminta dengan penuh harapan agar Rasulullah sudi menginap beberapa hari di rumah kita. Baginda tersenyum.....Tapi,

Tapi barangkali kita meminta pula Rasulullah menunggu sebentar di depan pintu kerana kita teringatkan cd lucah yang memenuhi ruang tamu dan kita tergesa-gesa memindahkannya ke dalam. Baginda tetap akan tersenyum...atau barangkali kita teringat akan lukisan yang tidak senonoh yang juga dipasang di ruang tamu, sehingga terpaksa juga memindahkannya ke belakang secara tergesa-gesa. Barangkali kita akan memindahkan lafaz Allah dan Muhammad yang mungkin sudah berhabuk ke ruang tamu, juga secara tergesa-gesa. Baginda tentu tersenyum...Bagaimana pula jika Rasulullah bersedia menginap di rumah kita? Barangkali kita teringat bahawa anak-anak kita lebih menghafal lagu-lagu barat berbanding selawat kepada Rasulullah. Barangkali kita menjadi malu bahawa anak-anak kita tidak mengetahui sedikit pun sejarah silam Rasulullah dek kerana kelalaian kita mendidik mereka. Baginda tetap tersenyum...Barangkali kita menjadi malu apabila anak-anak kita tidak mengetahui satu pun nama keluarga Rasulullah dan sahabatnya, tetapi menghafal nama-nama Ultraman dan kura-kura ninja. Barangkali kita juga terpaksa menukar satu ruang teater yang terdapat di rumah kepada ruang solat. Barangkali kita teringat wanita di rumah kita tidak memiliki koleksi pakaian menutup aurat untuk berhadapan dengan Rasulullah. Baginda masih lagi tersenyum...Belum lagi koleksi buku-buku kita dan anak-anak kita. Belum lagi koleksi VCD dan DVD kita. Kemana harus kita singkirkan koleksi-koleksi tersebut? Saat inilah kita mencari Al-Quran dan buku-buku agama untuk dipamerkan. Barangkali kita menjadi malu diketahui junjungan kita bahawa kita tidak pernah pergi ke masjid meskipun azan sudah berkumandang. Baginda tetap tersenyum...Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat Maghrib keluarga kita masih lagi berada di depan tv. Barangkali kita menjadi malu kerana kita menghabiskan hampir kesemua waktu untuk mencari kesenangan duniawi. Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita tidak pernah mendirikan solat sunat. Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita jarang membaca Al-Quran. Barangkali kita juga menjadi malu kerana tidak mengenal tetangga-tetangga kita. Baginda masih tersenyum...Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah bertanya tentang nama Tok Imam di kampung kita. Apatah lagi jika Rasulullah bertanya tentang nama dan alamat tukang penjaga masjid di kampung kita, pasti kita berasa malu. Betapa senyum baginda masih lagi di situ...

Bayangkan apabila Rasulullah benar-benar muncul di muka pintu rumah kita...Apa yang akan kita lakukan? Masihkah kita memeluk junjungan kita dan mempersilakan baginda masuk dan menginap di rumah kita? Atau, akhirnya kita dengan berat hati akan menolak baginda berkunjung ke rumah kerana hal itu akan membuatkan kita kalut dan malu. Maafkan kami ya Rasulullah...Masihkah baginda tersenyum? Senyum pilu, senyum sedih dan senyum getir...Oh! Betapa memalukan kehidupan kita di saat ini di mata Rasulullah. Maafkan kami ya Rasulullah.


Adakah ini yang ingin kita tunjuk pada Rasulullah? Kemajuan masa kini yang disalahguna...
'keseronokan' di hujung jari anda.


Inikah contoh teladan remaja masa kini? Yang akan digelar pemimpin negara masa hadapan?

No comments:

Post a Comment