Oct 17, 2009

Kematian....suatu kepastian

Salam,

Sempena dengan tajuk di atas...memang berkaitan kematian. Sebelum bicara dimulakan, diharap para pembaca dpt menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Teacher Marlina. She is one of my English teacher during my 3 months IJELP (Intesive Japanese English Language Programme) under YPM. So, to all IJELP students, please pray for her. Semoga roh dia diberkati dan dicucuri rahmatNya. x kisahla kenal atau x, tp sebagai muslim, umat islam yang katanya berpegang teguh pada ajaran Allah.....kita semua adalah bersaudara. Saudara islam. Jadi, sebelum melanjutkan cerita.....Al-Fatihah

Berita ini aku trima daripada Shirin Sensei pada ari Khamis, 16/10/09 during English class. Punca kematian Teacher Marlina masih menjadi tanda tanya. Beliau telah menyambut seruan Illahi pada bulan Syawal (xtau tarikh tepatnya bila) semasa bersiar-siar di The Curve. Suddenly, she collapsed and disahkan meninggal dunia. Beliau tidak mengalami sebarang penyakit kronik such as, high blood, heart attack & so on. This is all from what Shirin Sensei told us (my classmate during English lesson)



This is da picture of her with all of my classmate during IJELP....tanpa disangka, itulah saat terakhir kami berjumpa dengannya. Thank you teacher for your good deed & for the cake too.


Inilah takdir...ketentuan Illahi yang telah ditetapkan oleh Allah. Ajal maut, semua di tangan Tuhan. Tiada sesiapa yang mampu mengetahui bila tarikh diri ini akan kembali ke pangkuan Illahi. Juga tiada siapa yang mampu untuk melewatkan atau mengawalkan tarikh kematian dirinya walaupun sedetik, sesaat apatah lagi untuk seminit atau sehari. Tidak sesekali akan berlaku. Jika telah tercatat qada' dan qadar kita akan meninggal dunia pada ??/??/??, ??:??am/pm.....itulah masanya.

Jadi, bersedialah setiap masa bagi menghadapi saat kematian. Janganlah kita mati di saat hati terniat untuk melakukan kejahatan....Nauzubillah. Biarlah kita pergi dengan cara yang sebaik mungkin. Insya Allah

"Kelahiran manusia disambut dengan azan,
kematian manusia diiringi dengan solat,
jarak antara azan dengan solat....itulah kehidupan duniawi,
sungguh singkat hidup ini"
Jadi, renung-renungkanlah.....sekian saja untuk post kali ni, wassalam.

No comments:

Post a Comment