Aug 16, 2009

H1N1.....satu ancaman


Salam,

Terpampang di dada akhbar, "27 kematian H1N1." Aku terkejut, adakah ini benar? Inilah kali pertama aku merasakan Malaysia seperti tidak selamat diduduki. Dengan kadar H1N1 di Selangor mendapat undian terbanyak semakin membimbangkan. Manakan tidaknya, UITM Shah Alam, INTEC, UPNM dan banyak sekolah telah ditutup kerana terdapat suspek H1N1.

"Bila JAD nak tutup?" Timbul juga persoalan sebegitu di benakku tetapi memikirkan H1N1, penyakit yang membawa maut, agak meremang jugalah bulu roma ini. Tetapi, pelik jugalah??? Camne penyakit2 ni boleh tetiba datang dan setelah puas mencari mangsa, lesap tanpa berita. Tidak lama dulu, kita digemparkan dengan virus selesema burung (lupa nama saintifik). Setelah tidak dapat sambutan, virus tu pun lesap....dah hilang daripada menjadi isu semasa.

Kadang2 aku terfikir, penyakit2 ni....adakah manusia yang mengakibatnya sepertimana virus2 yang terkandung dalam alam siber. Bercerita pula tentang alam siber, virus di dunia maya biasanya dihasilkan oleh pakar komputer sendiri atau penggodam komputer. Niat utama penciptaan virus bukanlah untuk merosakkan komputer tetapi untuk 'mereka' mencipta program 'anti-virus' yang boleh melawan virus tersebut. Dengan ini, pengguna komputer seluruh dunia akan membeli produk anti-virus tersebut. Inilah namanya perniagaan...
Tapi, pasal penyakit alam realiti ni.....serahkan pada Allah.
Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui.

Kembali pada H1N1, tidak ku sangka....tanggal 12 Ogos 09, sudah tercatit dalam suratan takdir hidupku, dilanda ujian demam. Dahla dengan musim peperiksaan, demam pulak tu....memang tak dapat nk study la. Baca skit je, pening kepala...baca lagi skit, nk muntah. Macam allergy ngan buku. So, aku banyakkan berehat jela. Amik MC 2 hari (tak amik paper exam skali, tunda hari lain), rehat cukup2 and Alhamdulillah dah kembali pulih. Nasib baik tak jadi suspek H1N1, risau juga.

Berikut merupakan simptom2 H1N1 :
  1. Masalah pernafasan (sesak nafas, bibir pucat)
  2. batuk/lendir berdarah
  3. sakit dada
  4. muntah2
  5. demam melebihi 3 hari
  6. sakit kepala (pening ketika berdiri)
Apa2 pun, H1N1 ni mungkin musibah yang diturunkan Allah kepada kita sebagai hambaNya supaya tidak terlupa dan lalai dengan kesibukan duniawi. Sesungguhnya musibah yang diturunkan Allah bukanlah sia2. Allah menghendaki sesuatu terjadi mesti ada sebabnya. Ada beberapa hadith Nabi yang menyeru umat Islam supaya tahan berhadapan dengan musibah yang paling buruk kerana sebagai balasannya nanti di akhirat adalah pahala yang besar. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

" Semua yang menimpa orang Islam seperti keletihan, penyakit, kedukaan, kesedihan, kesakitan dan perkara yang tidak disukai, bahkan termasuk duri yang dipijaknya, melainkan sebagai gantinya Allah menghapuskan dosa-dosanya." (HR. Bukhari)

"Sesiapa yang dikehendaki Allah memperolehi kebaikan, mesti lebih dahulu mengalami musibah." (HR. Bukhari)

"Musibah-musibah yang berterusan menimpa orang miskin, sama ada menimpa dirinya atau anaknya atau hartanya, hinggalah pada akhirnya ketika ia bertemu dengan Allah tidak ada lagi dosanya. (HR. Tirmizi)

Jadi, renung2kan.....sekian saja untuk kali ini. Wassalam.

1 comment: