Apr 3, 2010

C.I.N.T.A



Salam,

Kali ni tajuk psl cinta, hot topics ni. Tp, kali ni len skit. Wanna make it quite funny. Cinta antara ahli Sains & pakar Matematik. Cuba bayangkn bagaimana perbualan diorang. :)

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Dialog Cinta Ahli Sains & pakar Matematik

Lelaki : Kekasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim (mass) hatiku dibahagi isipadu (volume) jantungku. Adakah kau masih mencurigaiku?

Wanita : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindakbalas penggantian ke atas diriku.

Lelaki : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.

Wanita : Tapi, aku rasakan seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yang kuberikan.

Lelaki : Tapi, cintaku padamu adalah malar!

Wanita : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.

Lelaki : Tapi, aku mengamalkan hukum Newton ketiga. Tindakbalas cintaku bersamaan dengan cinta yang kau berikan.

Wanita : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yang mempunyai janji2 manis yang bergerak secara rawak.

Lelaki : Itu adalah fitnah yang telah tersebar melalui proses pencaran dan perolakan.

Wanita : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?

Lelaki : Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu.

Wanita : Adakah kita berpadu secara kimia?

Lelaki : Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti akan dapat dilihat dengan mikroskop cahaya.

Wanita : Aku khuatir kau akan bertemu dengan yang lebih aktif dan akan bertindak balas dengannya.

Lelaki : Nampaknya kita sedang bercinta tiga segi dan harus menggunakan hukum2 penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.

Wanita : Tapi, aku telah memberi kau cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak percaya?

Lelaki : Ya, aku percaya. Tapi, aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.

Wanita : Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yang seragam!

Lelaki : Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 daripada iman.

Wanita : Tapi, imanku adalah infiniti!

Lelaki : Aku tidak fikir iman kau infiniti kerana kau masih belum mendarabnya dengan 6X10'23.

Wanita : Kau membuat kemarahanku meruap2. Apabila tekananku melebihi tekanan udara, kau juga yang susah kerana aku akan mengalami hemolisis (haemolysis).

Lelaki : Aku sekarang bukan aku yang dulu lagi, aku telah mengalami plasmolisis (plasmolysis).

Wanita : Kau betul2 menyakitkan hatiku ini. Aku sangkakan kau intan, tetapi rupa2nya kau grafit. Pergi kau dari sini....


Haha...scientific gile. Fahaminya!!!

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,

Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,

Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,

Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna Rasulullah S.A.W

Cintailah seadanya.

Sekian, wassalm...

6 comments:

  1. ehem.. x kan dah nk mula main cinta2 monyet plak ni bro?? ;)

    ReplyDelete
  2. 複雑なんですね。。。この化学のこと..^^

    ReplyDelete
  3. Best giler ok..sgt scientefic,dan ini la di namakn cinta chemistry.,..

    ReplyDelete
  4. おもしろかった。。
    V(^%^)V

    ReplyDelete
  5. agak2 ade x org bcinta cam ni??hahaha..sumpah lawak=p

    ReplyDelete