Jun 25, 2011

Adilkah Allah?

Assalamualaikum,

Allah tidak pernah silap dalam pentadbiran-Nya,
Semua yang berlaku atas kehendak-Nya,
Ketentuan-Nya.
Kuasa-Nya tidak akan berkurang sekalipun kau tidak menyembah-Nya.

Apa itu erti kehidupan?
Allah tidak pernah berjanji bahawa kehidupan ini akan sentiasa mudah...
kerana asas kehidupan itu adalah ujian serta cabaran...
Allah hanya berjanji Dia akan bersama-sama denganmu di sepanjang kehidupan ini.

Kerana apa Allah menciptakan kehidupan?
Yakni untuk melihat apa yang kamu akan usahakan dalam kehidupan kamu...
Itulah sebabnya mengapa orang bukan Islam pun boleh berjaya...
Kerana mereka telah BERUSAHA dalam kehidupan mereka.

Mengapa orang Islam sendiri masih melakukan kejahatan?
Kerana mereka tidak pernah BERUSAHA mengenal Tuhan mereka,
BERUSAHA mengenal Allah Yang Esa.
Kerana mereka tidak pernah BERUSAHA mendalami agama yang mereka anuti,
agama yang dijanjikan kemenangan oleh Allah,
Yakni agama Islam yang disampaikan oleh junjungan mulia Rasullulah sendiri.

Adilkah Tuhan?

Sila lihat video di bawah ini untuk mendapatkan kefahaman yang lebih jelas....
video

3 comments:

  1. Allah itu maha Adil...


    follow awak..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...bagus bro...sebar2kan benda2 baik, brguna, yg leh tnbhkan iman kita...insyallah, sama2 kita kongsi kebaikan trsebut =)

    ReplyDelete
  3. @chempaka sari : Yup, dat's true...Allah Maha Adil. Just have faith in what has happened eventhough it's hard to live with. Manusia hanya merancang, Allah yang menentukan.

    @Kem@L : Thanks bro....sma2 lah kt mengamalkn amar makruf nahi mungkar ye.

    ReplyDelete